-->
my diary online

Assalammualaikum hye selamat datang ke blog saya(my diary online)!!

Tuesday, 27 November 2012

10 jenis lelaki yang patut dijauhi oleh wanita!!

assalammualikum..
hari ni aina saja2 nk share tentang jenis2 lelki yang patut dijauhi!!

1) Lelaki yang sering berkata: "Abang memang sayang kepada sayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius". Bayangkan jika ada kaum Adam yang meluahkan kata-kata sedemikian sedangkan anda sudah menjalinkan hubungan lebih 5 tahun dengannya. Ini bermakna anda bukanlah orang yang diharapkannya malah barangkali, anda tidak pernah ada dalam kamus hidupnya untuk dijadikan calon suri hidupnya.

2) Lelaki yang sering menghubungi atau menghantar pesanan ringkas (SMS) tanpa mengira waktu. Dia akan mengeluarkan kata-kata manis apabila benar-benar memerlukan dan anda pula sekadar dijadikan alat untuk menghiburkan dirinya. Tetapi apabila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul. Beginikah lelaki yang anda harapkan sanggup bersusah senang bersama?

3) Lelaki yang suka mengajak anda keluar seolah-olah teman tapi mesra. Anda berdua bagai merpati dua sejoli, makan malam bersama, tengok matahari terbenam di tepian pantai berdua malah ke majlis kenduri-kendara pun tidak pernah berenggang. Sekali pandang ramai yang pasti mengatakan anda berdua pasangan paling sepadan. Namun, pada lelaki terbabit, tidak terdetik pun di ruang hatinya yang kosong itu mahukan anda mengisinya. Jadi, jangan buang masa.

4) Lelaki yang sudah ada kekasih hati, tetapi tetap mahukan anda. Ini adalah jenis lelaki yang paling banyak spesisnya. Mereka mempunyai ramai teman wanita dan mahu memiliki seramai mungkin untuk memenuhi nafsunya. Jika pernah terserempak dengannya bermesra dengan wanita lain, lalu siapakan anda di hatinya?

5) Lelaki yang sering berfikir apa yang dilakukannya semua betul sedangkan pandangan anda semuanya salah. Ketika menjalin hubungan dengannya, anda sering ditengking kononnya anda saja yang bersalah, pada hal kesalahan itu kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Bagi dirinya, anda tidak berhak menegur dirinnya yang dianggap serba-serbi ada kelebihan.

6) Lelaki yang naif dan seolah-olah mementingkan dirinya semata-mata. Contohnya, lelaki yang tidak faham kehendak wanita walaupun anda berterus-terang mengenai sesuatu, tetapi dia tidak pernah ambil pusing. Dia sering menganggap semua perkara remeh dan selalu ambil mudah mengenai sesuatu perkara.

7) Lelaki yang tidak tahu kehendak sendiri. Kalau dia tidak faham kehendak sendiri, apakah anda fikir dia akan faham masalah anda apabila melayari hidup berdua kelak?

8) Lelaki yang selalu mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu terlalu sibuk, dia tetap tidak mempedulikan keadaan anda. Jika boleh, dia ingin berkepit sentiasa dengan anda tidak kira siang atau malam. Bahkan, anda bosan dengan deringan telefonnya yang benar-benar mengganggu ketenangan diri. Ada masalah remeh pun hendak diberitahu, menghntar sms atau menelefon anda. Lama-lama anda rimas dan lemas.

9) Lelaki yang suka mengutuk lelaki lain dengan harapan anda tidak akan mendekati lelaki yang dikutuk itu. Hakikatnya, dia seorang yang kuat cemburu dan anda dibawah pengawasannya. Padanya, lelaki lain langsung tidak boleh mendekati anda. Bolehkah anda hidup dengan lelaki yang cemburu setiap masa?

10) Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul untuk seorang wanita. Lagipun anda tidak nampak ciri kepimpinan yang ada padannya apatah lagi untuk menyandarkan seluruh harapan dan hidup anda padanya. Katakan selamat tinggal saja jika akhirnya membuat anda kecewa dan merana.
Suka,Comment Ler

Posted by Unknown at 04:11
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Fieldset

"/>Assalammualaikum..saya ingin memperkenalkan diri saya,Nama saya Nuraina Arissa Bt Sha'arani..Pada tahun 2013 Umur saya berusia 13 tahun dan insyaallah akan bersekolah di SMK Batu Sepuluh,Lekir,Perak..Selamat Datang Ke blog saya dan jangan lupa follow tau..hehehe

Kotak Impian

nak memiliki kereta BMW
nak jadi chef
nak dapat straight A dalam SPM
boleh pergi Mekah

About Me

Unknown
View my complete profile

my s0ng




Gratisan Musik

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  March (1)
  • ▼  2012 (12)
    • ►  December (1)
    • ▼  November (11)
      • 10 jenis lelaki yang patut dijauhi oleh wanita!!
      • cikgu aina & rakan2 aina!! lyzz
      • assalammualikum..semalam..aina dh bertandang un...
      • bersiar2 bersama2 my friends!!
      • my favourite football team.. ^_^
      • Ibadah Wanita "Uzur" Di Bulan Ramadan
      • syukur!!
      • tutup larh aurat anda dengan sempurna..
      • huhuhuhuh..
      • yey..blog saya dah berwajah baru...bez!!syukur!!
      • akhirnyer!!!
Powered by Blogger.