-->
my diary online

Assalammualaikum hye selamat datang ke blog saya(my diary online)!!

Monday, 18 March 2013

Da lame tak update status kt blog!!

Rindunyer dekat blog nieyhhh!!

assalammualaikum..hai...Lamenye da tak bkk blog..terasa rindu dengan blog ini!Harini Aina nak share pasal apa itu Islam!Harap korg semua yang datang menjenguk Aina nyer blog nie sudi la bace!


Islam ialah sebuah cara dan kaedah hidup yang boleh dan akan diterima oleh semua lapisan masyarakat , tanpa perbezaan bangsa , bahasa dan negara. Asas ajaran Islam sangat-sangat mudah ia itu “Lailaha Illallah , Muhammadar Rasullullah”, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad Itu pesuruh Allah. Islam ialah asal dan asas kehidupan setiap orang manusia. Untuk mengenali agama Islam , kita hanya perlu mengenal siapa diri kita dan untuk apakah kehidupan ini . Ramai manusia termasuk orang yang beragama Islam sendiri tidak dapat menerima Islam dengan sepenuh hati mereka kerana mereka tidak mengenal dengan Islam. Sebenarnya ! Tiada sebarang ajaran khas di dalam Islam . Islam bukanlah sebuah agama atau falsafah ; Islam hanyalah sebuah cara dan kaedah hidup yang mudah , selamat dan sempurna. Jika kita ingin terangkan Islam dalam sebaris perkataan ia boleh dikatakan sebegini , “Islam ialah sebuah gaya dan cara hidup yang bersih , mudah , suci dan selamat bagi setiap orang manusia”. Sesuatu yang paling ramai takut dengan Islam ialah hukumannya . Hukuman Islam sangat-sangat berat tetapi tujuan hukuman tersebut ialah untuk mengelakkan kesalahan berlaku dan menghalang jenayah dan bukan untuk menyeksa manusia. Tujuan utama undang-undang Islam ialah untuk menjaga hak anda , menjaga  keluarga anda ,  untuk menyelamatkan harta anda , untuk menyelamatkan diri anda  , melindungi kaum wanita dari menjadi mangsa rogol , untuk menyelamatkan manusia yang lemah , dan  tiada tujuan  lain. Motif utama semua agama di dunia ini ialah untuk menyelamatkan semua manusia dari dunia ini dan membawanya ke dunia berikut dengan selamat. Semua agama di dunia ini memberikan peringatan , amaran dan mengajar manusia tentang dunia ini dan asal manusia supaya dia menyedari tentang dirinya dan buat persediaan untuk meninggalkan dunia ini dan maju ke dunia berikutnya. Islam hanya mengajar manusia tentang dunia berikut sahaja , Islam tidak mengajar manusia tentang rahsia dunia ini kehidupan ini kerana seorang pesakit hanya perlu mengetahui sedikit tentang penyakitnya dan rawatan yang diberikan. Dia tidak perlu mengetahui secara mendalam dan secara saintifik tentang asal usul penyakit dan rawatan tersebut. Kalau pun diterangkan , sudah pasti tidak akan faham. Hanya doktor yang perlu mengetahui segala-galanya tentang penyakit dan perubatan bukan pesakit. Kalau pesakit tahu cara mencegah penyakit sudah memandai. Allah Maha mengetahui , Dia kenal segala jenis penyakit dan kelemahan manusia , Dia terus memberikan ubat dan mengajar cara-cara mencegah penyakit . Seorang yang membeli atau membawa kereta tidak perlu belajar cara membina enjin , gear box dan sebagainya. Dia hanya perlu belajar cara memandu dan menjaga kereta tersebut sahaja. Pembinaan kereta , membaiki kereta dan sebagainya akan diuruskan oleh seseorang khas yang ada kebolehan untuknya. Katakanlah:”Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri”. (Aali Imraan: 84)



Suka,Comment Ler

Posted by Unknown at 03:42 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 21 December 2012

perhatian!

Perhatian!!!! At-10-tion please~
seorang ustaz telah memberi teguran bahwa kalau nak tulis "INSYAALLAH" patut tulis lagu nie ----> "In sya Allah" pastikan "in" ngan "sya" tu jauh...tak kira la nak letak sengkang ka apa ka...asalkan jauh,K??? u got it???
penerangannya:
sebab klau tulis "Insya-Allah" bermaksud cipta Allah...
kita bkan nak cipta Allah pown...
P/s: so, please take attenton &amik tindakan...please share this to your family & friends....
terima kasih kerana kusudian anda untuk membaca post ini!

Suka,Comment Ler

Posted by Unknown at 02:42 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 27 November 2012

10 jenis lelaki yang patut dijauhi oleh wanita!!

assalammualikum..
hari ni aina saja2 nk share tentang jenis2 lelki yang patut dijauhi!!

1) Lelaki yang sering berkata: "Abang memang sayang kepada sayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius". Bayangkan jika ada kaum Adam yang meluahkan kata-kata sedemikian sedangkan anda sudah menjalinkan hubungan lebih 5 tahun dengannya. Ini bermakna anda bukanlah orang yang diharapkannya malah barangkali, anda tidak pernah ada dalam kamus hidupnya untuk dijadikan calon suri hidupnya.

2) Lelaki yang sering menghubungi atau menghantar pesanan ringkas (SMS) tanpa mengira waktu. Dia akan mengeluarkan kata-kata manis apabila benar-benar memerlukan dan anda pula sekadar dijadikan alat untuk menghiburkan dirinya. Tetapi apabila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul. Beginikah lelaki yang anda harapkan sanggup bersusah senang bersama?

3) Lelaki yang suka mengajak anda keluar seolah-olah teman tapi mesra. Anda berdua bagai merpati dua sejoli, makan malam bersama, tengok matahari terbenam di tepian pantai berdua malah ke majlis kenduri-kendara pun tidak pernah berenggang. Sekali pandang ramai yang pasti mengatakan anda berdua pasangan paling sepadan. Namun, pada lelaki terbabit, tidak terdetik pun di ruang hatinya yang kosong itu mahukan anda mengisinya. Jadi, jangan buang masa.

4) Lelaki yang sudah ada kekasih hati, tetapi tetap mahukan anda. Ini adalah jenis lelaki yang paling banyak spesisnya. Mereka mempunyai ramai teman wanita dan mahu memiliki seramai mungkin untuk memenuhi nafsunya. Jika pernah terserempak dengannya bermesra dengan wanita lain, lalu siapakan anda di hatinya?

5) Lelaki yang sering berfikir apa yang dilakukannya semua betul sedangkan pandangan anda semuanya salah. Ketika menjalin hubungan dengannya, anda sering ditengking kononnya anda saja yang bersalah, pada hal kesalahan itu kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Bagi dirinya, anda tidak berhak menegur dirinnya yang dianggap serba-serbi ada kelebihan.

6) Lelaki yang naif dan seolah-olah mementingkan dirinya semata-mata. Contohnya, lelaki yang tidak faham kehendak wanita walaupun anda berterus-terang mengenai sesuatu, tetapi dia tidak pernah ambil pusing. Dia sering menganggap semua perkara remeh dan selalu ambil mudah mengenai sesuatu perkara.

7) Lelaki yang tidak tahu kehendak sendiri. Kalau dia tidak faham kehendak sendiri, apakah anda fikir dia akan faham masalah anda apabila melayari hidup berdua kelak?

8) Lelaki yang selalu mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu terlalu sibuk, dia tetap tidak mempedulikan keadaan anda. Jika boleh, dia ingin berkepit sentiasa dengan anda tidak kira siang atau malam. Bahkan, anda bosan dengan deringan telefonnya yang benar-benar mengganggu ketenangan diri. Ada masalah remeh pun hendak diberitahu, menghntar sms atau menelefon anda. Lama-lama anda rimas dan lemas.

9) Lelaki yang suka mengutuk lelaki lain dengan harapan anda tidak akan mendekati lelaki yang dikutuk itu. Hakikatnya, dia seorang yang kuat cemburu dan anda dibawah pengawasannya. Padanya, lelaki lain langsung tidak boleh mendekati anda. Bolehkah anda hidup dengan lelaki yang cemburu setiap masa?

10) Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul untuk seorang wanita. Lagipun anda tidak nampak ciri kepimpinan yang ada padannya apatah lagi untuk menyandarkan seluruh harapan dan hidup anda padanya. Katakan selamat tinggal saja jika akhirnya membuat anda kecewa dan merana.
Suka,Comment Ler

Posted by Unknown at 04:11 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 26 November 2012

cikgu aina & rakan2 aina!! lyzz

assalammualaikum..
harini aina nk ltk sikit gambar2 kwn2 aina n guru2 aina yg disayangi dan dihormati!!
ok..
yg first skli aina nk ckp ni guru kelas aina .....
lyn sekejap!!

comel kn cikgu ni??
huhuh..
..
ok yg kedua ni kwn aina gak yg sll mengacau rkn sekelas tanpa dia sunyi sepi kelas kami!!
 huhuhuhu..
ok yg ke3 plak ni  pulak ketua pengawas di sekolah aina!!!
maaf ye pemilik gmbo ambik gmbo yg time2 ko ngh mkn huhu..
ish2 ape nk jdy mkn je keje nyer!

ok yg ke4 nyer !!!!
bdx ni dh x ddk kt malaysia ...
dea dh gy tahfiz kt indonesia nun jaoh di sana !
heehehe..
ni adew gmbo dea...

ok yg ke5..
mereka ni mmng x leh di pisahkn!!!!
tpy sowg dh gy oversy gitu huhu ..! lyn!!
ini semua kawn aina dn cikgu aina huhu..
arp2 korg semua suke la yep!
assalammualaikum..
Suka,Comment Ler

Posted by Unknown at 05:36 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 24 November 2012


assalammualikum..
semalam..
aina dh bertandang untk sementara di rumh kwn aina di majung perak..
kwn2 aina yg rpt nn aina pown gy jgk..
ni adew sedikit gmbar aina n kwn2 aina msew kt mjung perak 2..
huhu...



cantek x tab 2??
haha..
anyway 2 bkn aina nyer 2 kwn aina yg pnyer..
hah..
pinjam je nk uat action yg adew tab pdhl x de tab huhu...

ni semua kwn aina kecuali yg bdx kecik 2 huhu...

msew nie kitrg nk otw nk gy umh teacher kelas kami yg amt disyangi sempat lagi berposing!!
huhuhu...
Suka,Comment Ler

Posted by Unknown at 07:27 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

bersiar2 bersama2 my friends!!

assalammualikum..
hari rabu kemarin kwn aina tlh dtg ke rmh aina ala sj2 dtg mkn2 huhu..
lpz 2 kitrg gy jln2 ..
'ni ade sedikit gmbar aina nn kwn2 aina mse kt tepi pantai..arp kowg semua suke larh yep!!




sempat lagi berposing..tengs kepada sape yg snap gmbo ni ...
ni pulak kwn aina nme dea kamilah @ mieyla huhu..ni nme blog dea http://mieylaseobbie.blogspot.com/..
klau rjin follow la yep jngn lupa plak follow sy gak..
huhuh..

ni pulak boleh dikatakan kwn karib aina la jugk..
huuuhu,..
dea ni seorg yg cooll!!




yg bj biru n bju kuning 2 pown kwn2 yg rapt nn aina..
huhu..

Suka,Comment Ler

Posted by Unknown at 07:21 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 23 November 2012

my favourite football team.. ^_^



huhuuhu.
group yg pling aq suke heheheh..
group Chealsea2..
blue is colour!!
Suka,Comment Ler

Posted by Unknown at 04:59 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

My Fieldset

"/>Assalammualaikum..saya ingin memperkenalkan diri saya,Nama saya Nuraina Arissa Bt Sha'arani..Pada tahun 2013 Umur saya berusia 13 tahun dan insyaallah akan bersekolah di SMK Batu Sepuluh,Lekir,Perak..Selamat Datang Ke blog saya dan jangan lupa follow tau..hehehe

Kotak Impian

nak memiliki kereta BMW
nak jadi chef
nak dapat straight A dalam SPM
boleh pergi Mekah

About Me

Unknown
View my complete profile

my s0ng




Gratisan Musik

Blog Archive

  • ▼  2013 (1)
    • ▼  March (1)
      • Da lame tak update status kt blog!!
  • ►  2012 (12)
    • ►  December (1)
    • ►  November (11)
Powered by Blogger.